SEBUAH kren bergerak di tapak projek penyambungan di sebuah hospital di Jalan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang tumbang dan sebahagian kren terjatuh ke laluan pejalan kaki.

Kemalangan itu bagaimanapun itu tidak melibatkan orang awam atau kakitangan hospital berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang berkata, berlaku kerosakan kecil pada penutup lubang di sepanjang laluan pejalan kaki.

Katanya, pihaknya telah mengarahkan perunding projek itu untuk menyerahkan laporan mengenai kejadian itu.

"Kita akan mengambil tindakan susulan yang diperlukan selepas ini," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian, Sabtu, 11 September 2021.

Katanya, kelulusan projek penyambungan hospital telah diberikan pada Jun 2021 lalu. - KitaReporters 


10
8
0
17
0

Copy Link: