Berita Terkini| 5 negeri beralih ke Fasa 2 PPN! Suami isteri PJJ dibenarkan rentas negeri, daerah!
Published byKELANTAN antara lima negeri yang memenuhi tiga nilai ambang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Kredit foto: Britania.com
LIMA negeri sudah memenuhi tiga nilai ambang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan berkuat kuasa Isnin, 5 Julai 2021. Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, negeri berkenaan memenuhi indikator nilai ambang kes harian
terbaharu, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar vaksinasi.
"Oleh itu, dalam fasa dua membolehkan perluasan
senarai positif sektor ekonomi," katanya seperti dipetik oleh Berita
Harian pada Sabtu, 3 Julai 2021.
Sementara itu Ismail Sabri berkata, pasangan jarak jauh (PJJ) dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 PPN. Bagaimanapun, ia masih perlu dapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, rentas negeri dan daerah juga dibenarkan
bagi individu mempunyai kes kecemasan dan vaksinasi juga dengan kelulusan PDRM.
Beliau menjelaskan guru dan pelajar sekolah yang
mengikuti kelas peperiksaan juga dibenarkan untuk berbuat demikian.
"Selain itu, untuk sektor perdagangan yang
dibenarkan beroperasi adalah kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta serta
kedai gunting rambut.
"Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan
beroperasi serta jualan hanya terhad kepada enam komoditi utama sahaja,"
katanya. - KitaReporters
PASANGAN jarak jauh (PJJ) dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 PPN tetapi perlu dapat kelulusan PDRM.