Longgokan kulit durian dibuang berhampiran perkuburan Sempan, Cheroh, Raub. - Kredit foto: FB  SWCorp Pahang


TINDAKAN seorang lelaki membuang kulit durian di kawasan persendirian berhampiran perkuburan Sempam, Cheroh, Raub pada 15 Julai 2021 menerima padah apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudian Hamid berkata  lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan oleh pegawai penguat kuasa SWCorp kira-kira jam 3 petang

“Hasil maklumat orang awam dan risikan, lelaki tersebut ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa sisa kulit durian dalam operasi penguatkuasaan sampah haram kulit durian.

“Perbuatan melonggok dan melupuskan kulit durian di tempat tidak dibenarkan di kawasan persendirian satu kesalahan mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Berhubung kes ini, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun," katanya dipetik laporan Harian Metro, 16 Julai 2021.

Tambah Sharudin, hasil siasatan mendapati kira-kira satu tan kulit durian sudah dibuang di kawasan terbabit yang dipercayai turut dilakukan individu lain. - KitaReporters


1
0
0
0
2

Copy Link: