Gambar hiasan... Tekanan ekonomi salah satu punca berlakunya kes keganasan rumah tangga


Tekanan ekonomi antara punca menyebabkan kadar kes keganasan rumah tangga yang melibatkan golongan wanita sebagai mangsa mencatatkan peningkatan di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata sebanyak 239 kes dilaporkan  sejak Januari hingga Jun 2021 berbanding 177 kes pada tahun 2020 bagi tempoh sama

“Siasatan mendapati peningkatan kes keganasan rumah tangga dicatatkan pada enam bulan pertama tahun 2021 ini disebabkan beberapa faktor.

“Ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, kemungkinan faktor tekanan ekonomi adalah penyumbang kepada kes keganasan rumah tangga,” katanya yang dipetik oleh laporan Sinar Harian, 14 Julai 2021.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd Shuhaily memaklumkan enam pegawai polis berpangkat rendah di Pulau Pinang disiasat di atas pelbagai kesalahan antaranya berkaitan dengan pemerasan, rasuah dan pemilikan dadah.

Katanya lagi, tiga daripada mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala tiga yang lain dalam tindakan Jabatan integriti dan Pematuhan Standard PDRM. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: