Berita Terkini| Pesara rugi RM16k! Ditipu anak saudara, individu menyamar jadi pegawai polis!
Published byGambar hiasan... Mangsa mendakwa terlebih dahulu menerima pesanan WhatsApp dari pegawai polis berpangkat ASP. - Kredit foto: sumber internet
SEORANG pesara
tampil membuat laporan polis mendakwa kerugian RM16,000 pada Julai 2021 selepas ditipu oleh anak saudara yang dia ‘berurusan’ bagi melepaskan anaknya yang ditahan oleh polis atas
kesalahan berkaitan dadah.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata
mangsa, 62, hanya disedari dirinya ditipu selepas dihubungi polis pada 31 Julai 2021 lalu yang memaklumkan anaknya itu akan dihantar ke Simpang Renggam, Johor.
“Terdahulu,
mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada seorang lelaki mendakwa pegawai polis
berpangkat Asisten Superitendan (ASP) pada 6 Julai 2021 memaklumkan anaknya
ditangkap oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Jerantut.
“Lelaki itu
mendakwa boleh membantu lepaskan anak mangsa namun perlu berurusan dengan anak
saudaranya berhubung prosedur selanjutnya termasuk perlu menyediakan wang tunai
RM16,000.
“Mangsa meminta
isterinya membuat transaksi pemindahan wang secara dalam talian sebanyak empat
kali di antara tempoh 17 hingga 25 Julai 2021 ke akaun dikatakan milik ASP
berkenaan,” katanya dipetik daripada laporan Bernama, 22 September 2021.
Tambah
beliau, selepas menyedarinya dirinya ditipu, mangsa menghubungi anak saudara
bagi mendapatkan penjelasan dan meminta wang berkenaan dipulangkan kembali
namun tidak diendahkan sehingga 21 September 2021.
Ujarnya
lagi, mangsa akhirnya membuat laporan polis di IPD Jerantut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - KitaReporters