Berita Terkini| Pahang benarkan semula pasar malam! Pengunjung lengkap vaksin sahaja dibenarkan!
Published byKERAJAAN negeri Pahang membenarkan pasar malam, jualan pakaian terpakai atau kasut terpakai dan jualan but kereta kembali beroperasi bagi pengunjung yang sudah lengkap vaksinasi di negeri ini.
Exco Kerajaan
Tempatan, Datuk Abd Rahim Muda berkata, pengunjung perlu menunjukkan sijil
digital lengkap dua dos vaksinasi Covid-19 dalam aplikasi MySejahtera serta mematuhi prosedur
operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Waktu
operasi yang ditetapkan bagi pasar malam bermula 3 petang sehingga 9 malam
bermula Selasa, 24 Ogos 2021 dan bilangan peniaga berdasarkan 50 peratus daripada
kapasiti peniaga sedia ada untuk sesuatu tapak. Hanya peniaga makanan dan
minuman serta komoditi asas sahaja dibenarkan secara penggiliran.
“Pengunjung
diingatkan supaya tidak makan atau minum di gerai serta kawasan lapang atau
tempat letak kereta berhampiran tapak pasar malam selain tiada perkhidmatan
mencuba pakaian atau penukaran dibenarkan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.
Abd Rahim bagaimanapun
menjeaskan, kanak-kanak dan individu berusia 70 tahun ke atas tidak digalakkan
ke pasar malam, manakala bagi peniaga, had umur yang tidak digalakkan ialah 60
tahun ke atas.
“Ketetapan
seperti menyediakan nombor giliran, pengawal keselamatan, memastikan penjarakan
fizikal, penggunaan pelitup muka dan kod QR MySejahtera adalah diwajibkan.
“Jika
terdapat pengunjung atau peniaga didapati positif Covid-19, tapak perniagaan
akan ditutup selama tiga hari untuk kerja pembersihan,” katanya.
Sementara
itu, Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, pihaknya akan
menjalankan pemantauan secara berkala dan berharap penganjur dapat menubuhkan
pasukan pemantau bagi memastikan pelanggan dan peniaga mematuhi SOP. - KitaReporters