Berita Terkini| Isu kebun durian haram: Kerajaan Pahang tak kompromi ! Teroka tanah secara haram!
Published byWAN ROSDY WAN ISMAIL secara tegas menyatakan tidak akan berkompromi dengan pekebun yang meneroka tanah kerajaan secara haram. - Kredit foto: Facebook Wan Rosdy Bin Wan Ismail
KERAJAAN Negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan pekebun-pekebun haram yang meneroka tanah secara haram di negeri ini.
Menteri
Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail berharap para pekebun haram dapat
memberi kerjasama kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas mereka untuk
membasmi kebun haram.
“Saya
mendoakan para penguat kuasa yang menjalankan tugas membasmi penerokaan tanah
haram diberi kekuatan untuk terus mempertahankan tanah Pahang daripada
dicerobohi peneroka haram.
“Kerajaan
negeri juga berharap, kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutama dalam kalangan petani-petani haram berkaitan penanaman durian Musang King di
daerah Raub,” katanya menerusi catatan Facebooknya, Wan Rosdy pada Isnin, 5
Julai 2021.
Terdahulu, Pahang
Media melaporkan seramai 18 individu yang disyaki sebagai peneroka durian haram
telah ditahan kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Batu Talam
tanpa kebenaran dan melakukan provokasi melampau kepada Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
Pengarah
Perhutanan Negeri Pahang, Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pasukannya
berdepan detik sukar dan cemas ketika berdepan dengan pekebun durian haram yang
tidak mahu memberi kerjasama.
Kesemua
mereka kini direman dua hari sehingga Selasa, 6 Julai 2021 apabila keputusan
dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Raub. -
KitaReporters
Seramai 18 pekebun tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 11 pagi pada Isnin, 5 Julai 2021. - Kredit Foto: Sinar Harian