Berita Terkini| Shopee jamin penghantaran tak terjejas! Teruskan operasi selepas dikompaun RM10k!
Published bySYARIKAT e-dagang itu memaklumkan akan terus beroperasi berpandukan SOP yang ditetapkan. - Kredit foto: campaignasia.com
SHOPEE memberi jaminan penghantaran bungkusan dari gudangnya tidak terjejas susulan pemeriksaan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Syarikat
e-dagang itu menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya akan terus beroperasi
berpandukan SOP yang ditetapkan dan komited untuk menguatkuasakan semua langkah
pencegahan yang telah dilaksanakan sejak Mac tahun lalu, demi keselamatan
pekerja barisan hadapan dan pembeli.
Langkah itu
termasuk pembasmian kuman di gudang dan hab sebelum setiap syif, pemeriksaan
suhu badan terhadap semua pekerja gudang dan penghantar Shopee Express sebelum
memasuki premis atau memulakan penghantaran serta penghantaran tanpa sentuh.
"Kami berharap kenyataan ini akan memberi penjelasan mengenai perkara ini dan pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan keperluan anda dengan selamat di rumah," katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Rabu, 7 Julai 2021.
Sabtu 3 Julai 2021 lalu,
pasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menjalankan pemeriksaan
pemantauan SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 49
lokasi berasingan dalam bidang kuasa mereka, termasuk gudang Shopee di Shah
Alam.
"Satu isu sudah dikenal pasti di gudang kami. Ia disebabkan oleh kesalahfahaman SOP berkenaan pendaftaran pekerja sambilan harian dalam Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS). Akibatnya, Shopee dikompaun RM10,000," katanya. - KitaReporters
Shopee memperkukuhkan infrastruktur logistik untuk menyokong permintaan e-dagang yang meningkat. Kredit Foto: CNN Indonesia