KEDAI komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa mulai Jumaat, 16 Julai 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa dan tenaga pengajar.

“Kebenaran itu untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa gangguan.

“Berikutan pandemik Covid-19 telah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan PdPR secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis, 15 Julai 2021.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional. - KitaReporters


KEBENARAN itu bagi memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan. 

1
0
0
0
0

Copy Link: