Berita Terkini| Lelaki rentung terperangkap di dalam rumah! Mayat ditemukan di dalam bilik air!
Published bySEORANG lelaki rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di kediamannya di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, Sabah.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi Isnin, 27 September, mangsa Abdul Rahman Abu, 38, yang dipercayai tinggal seorang diri ditemukan dalam keadaan rentung di dalam bilik air di rumahnya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 pagi sebelum dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah (BBP) Kimanis dan BBP Beaufort dikerah ke lokasi kejadian.
"Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan terbakar 90 peratus dan mayat mangsa ditemukan di ruang bilik mandi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya seperti dipetik Sinar Harian, Isnin, 27 September 2021.
Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3.48 pagi dan usaha memadamkan api sepenuhnya terus dilakukan. - KitaReporters