Berita Terkini| Pegawai polis pangkat ACP meninggal akibat kesan Covid-19! Sindrom ‘Long Covid’!
Published byACP Ramlan Abdul Razak meninggal dunia setelah mengalami sindrom 'Long Covid' selepas sembuh daripada pandemik Covid-19
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak meninggal dunia jam 1.35 pagi, 12 September 2021 akibat kesan sampingan dan berpanjangan selepas dijangkiti Covid-19.
Ketua Polis
Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Mat Yusop, berkata arwah yang berusia 59 tahun
dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada 8 Ogos 2021 setelah disahkan positif Covid-19.
“Arwah
dimaklumkan telahpun sembuh namun mengalami sindrom ‘Long Covid’. Beliau
disahkan meninggal dunia jam 1.35 pagi akibat Covid-19 (with secondary
infection).
“Kita amat merasai
kehilangannya kerana arwah seorang pegawai polis yang komited dalam tugasan selaian
begitu berpengalaman dalam urusan siasatan jenayah.
"Segala
kebajikan ahli keluarga akan kami santuni mengikut keperluan semasa,” katanya
dipetik laporan oleh Berita Harian bertarikh 12 September 2021.
Ujarnya
lagi, arwah yang mempunyai 10 anak dan
isteri menetap di Seremban berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama
35 tahun sepatutnya menamatkan perkhidmatan secara bersara wajib pada 9 Oktober 2021 ini.
Jenazah
Allahyarham disolatkan di Surau IPK Negeri Sembilan sebelum dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Senawang. - KitaReporters