HEBATNYA PERMATA HATI RAKYAT MALAYSIA!
Published byRAJA PERMAISURI AGONG terus diiktiraf apabila dunia turut memberi pengakuan ke atas kesungguhan baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam memartabatkan seni warisan kraf negara. Dan tidak hairanlah apabila World Craft Council (WCC) kali ini sempena 3rd International Craft Awards 2019 (ICA) menganugerahkan Tunku Azizah sebagai Craft Icon Of The Year. : KitaReporters.com
Tunku Azizah adalah pilihan yang tepat malah lebih daripada itu apabila umum menyaksikan sendiri usaha serta kegigihan baginda dalam mengangkat seni warisan bangsa ini pada kelasnya tersendiri.
Lihat sahaja pada fabrik tenun yang diangkat dengan diberi nafas baharu oleh baginda yang dimasyhurkan sebagai Tenun Pahang Diraja pada 8 Mei 2006.
Sungguhpun demikian baginda tidak pernah sesekali bermegah malah dengan penuh keluhuran budi mendedikasikan penghormatan tersebut kepada Pahang.
Menerusi ciapan baginda dalam aplikasi Twitter peribadi, Tunku Azizah cukup terharu dan sangat menghargai pengiktirafan sedemikian.
"A recognition by The World Craft Council is indeed an honour for me... i am much humbled! I will go to Delhi on 7th December to recieved this prestigous award! My gift to Pahang."
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis ICA di GMR Aerocity, New Delhi pada 7 Disember, sempena Minggu Kraf India dari 4 hingga 8 Disember 2019.
Rata-rata warganet cukup berbangga atas usaha dan pencapaian baginda yang ada antaranya memuatkan ciapan menyatakan baginda berhak dianugerahkan penghormatan sedemikian.
"Oh my queen, Tuanku doesn't need to give Pahang any gift because you already are the most wonderful gift and a blessing not just Pahang citizens but to all Malaysia."
Pada 5 November 2019 turut tular dalam media sosial video Tunku Azizah dengan bangganya mempromosikan seni kraf Malaysia kepada perwakilan pada 7th ASEAN Traditional Textiles Symposium di Yogyakarta, Indonesia.
RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bercemar duli memberi tunjuk ajar kepada pelajar di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja di Pulau Keladi, Pekan, Pahang.