SATU Mesyuarat khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat, 20 Ogos 2021 di Istana Negara bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri Kesembilan dan kerajaan.

Sumber Istana Negara memberitahu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan keputusannya berhubung pencalonan 220 ahli Parlimen yang memilih Perdana Menteri baharu.

Yang di-Pertuan Agong telah mengambil langkah yang tepat untuk meminta ahli Parlimen menyerahkan pilihan Perdana Menteri mereka secara terus.

“Berdasarkan beberapa kes lalu, yang mana ahli Parlimen diketahui memiliki lebih daripada satu SD dalam pernyataan sokongan mereka.

“Namun masyarakat tidak lagi mempercayai dokumen-dokumen ini. Jadi, istana ingin menyelesaikannya dengan cara betul,” katanya seperti dipetik oleh The Star, 18 ogos 2021.

Semalam 17 Ogos 2021, Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin parti politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir menghadap Seri Paduka Baginda ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, 16 Ogos 2021 lalu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri  yang kelapan selepas kehilangan majoriti apabila 15 Ahli Parlimen dari UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpinnya. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: