Berita Terkini| Tiada bayaran urus jenazah Covid-19! Urusan tanah kubur saja perlu bayar - JAIS
Published byPENGARAH JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan, bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan, termasuk kos membuat keranda jika perlu. - Kredit foto: Facebook Dr Noor Hisham Abdullah
JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pihak keluarga atau waris bagi setiap pengurusan jenazah pesakit Covid-19.
Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menjelaskan, bayaran hanya
dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan, termasuk kos membuat keranda
jika perlu.
"Bayaran itu akan terus dibayar oleh keluarga atau waris kepada
pihak pengurusan tanah perkuburan berkenaan.
"JAIS juga hanya akan menguruskan jenazah pesakit Covid-19 yang disahkan
oleh pihak hospital sahaja dan perkara memaklumkan mengenai kematian pesakit
Covid-19 dan kehadiran waris ke hospital adalah di bawah urusan pihak
hospital," katanya dalam dalam kenyataan pada Isnin, 2 Ogos 2021.
Sehubungan itu katanya, JAIS juga turut menetapkan tanah perkuburan yang
sesuai bagi urusan jenazah untuk kemudahan semua pihak.
Dalam pada itu katanya, JAIS mengambil perhatian serius terhadap
beberapa dakwaan dan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
mengenai pengurusan jenazah Covid-19 di Selangor.
Katanya adalah menjadi tanggungjawab JAIS memastikan urusan hal ehwal
umat Islam di Selangor diurus sebaiknya termasuklah dalam hal membantu menguruskan
kematian orang Islam. - KitaReporters
JAIS juga hanya akan menguruskan jenazah pesakit Covid-19 yang disahkan oleh pihak hospital sahaja dan perkara memaklumkan mengenai kematian di bawah urusan pihak hospital. - Kredit foto: Utusan Malaysia