Berita Terkini| Orang Perak 18 tahun ke atas tak perlu janji temu vaksin! Walk in terus ke PPV!
Published byGambar
hiasan…S ebanyak 85.7 peratus penduduk di Perak berusia 18 tahun ke atas telah
menerima satu dos vaksin setakat 20 September 2021. - Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
INDIVIDU berumur
18 tahun ke atas di Perak yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh segera
ke pusat pemberian vaksin (PPV) secara ‘walk in’ atau jumpa terus tanpa perlu
janji temu MySejahtera.
Menteri
Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata terdapat sebanyak 22 PPV menyediakan
perkhidmatan berkenaan di seluruh negeri dan pemberian vaksin secara jumpa terus itu dilaksanakan hingga 31 Oktober 2021.
“Ada dalam kalangan penduduk kecewa kerana belum mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima vaksin tanpa mengetahui mereka sebenarnya boleh mendapatkannya secara terus di PPV berkenaan.
“Mereka
tidak perlu lagi menunggu tarikh janji temu sebaliknya boleh datang sahaja ke
mana-mana PPV,” katanya seperti dipetik laporan Sinar Harian, 22
September 2021.
Tambah
beliau, hingga 20 September 2021 direkodkan seramai 1.55 juta atau 85.7
peratus penduduk Perak berusia 18 tahun ke atas menerima satu dos vaksin. - KitaReporters