Berita Terkini| Covid-19: Suntikan vaksin Orang Asli selesai Nov 2021! Lebih 90k telah disuntik!
Published byGambar hiasan... Lebih 90,000 Orang Asli di negara ini sudah terima suntikan vaksin. - Kredit foto: Bernama
PROSES suntikan vaksin Covid-19 jenis CanSino bagi komuniti Orang Asli seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya November 2021.
Timbalan
Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata bagaimanapun
sekiranya bekalan vaksin yang dipohon cepat diperoleh proses vaksin tersebut
dapat dipercepatkan pada Oktober 2021.
“Kita
mempunyai seramai 144,180 masyarakat Orang Asli di negara ini dan sehingga 18
September 2021, lebih 90,000 orang telah
menerima suntikan vaksin Covid-19.
“Pihak
kementerian telah memohon bekalan vaksin jenis CanSino sekitar 50,000 hingga
70,000 dos untuk kegunaan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
“Suntikan
untuk remaja Orang Asli berusia 12 hingga 18 tahun juga akan turut dilakukan
sebagaimana disarankan kerajaan bagi membolehkan mereka ikuti sesi persekolahan
secara bersemuka," katanya yang dipetik laporan Sinar Harian, 18 September
2021.
Abdul Rahman turut memaklumkan program
vaksinasi untuk Orang Asli turut mendapat sokongan kerjasama Kementerian
Kesihatan Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. - KitaReporters