Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height, Ampang Jaya pada 17 September 2021. - Kredit foto: Ihsan JBPM Selangor


SERAMAI 28 keluarga dari 19 buah rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Height, Ampang Jaya, Selangor terpaksa dipindahkan ekoran kejadian tanah runtuh pada 17 September 2021. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan jam 9.33 malam.

“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Bomba bertindak memindahkan semua mangsa yang terlibat bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku susulan kejadian tanah runtuh.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya yang dipetik dari laporan Bernama, 18 September 2021.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Farouk Eshak berkata semua mangsa ditempatkan di dewan sekitar Ampang dan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan dua lokasi sebagai penempatan sementara. - KitaReporters


9
10
0
12
0

Copy Link: