Berita Terkini| Atendan pam berumur 72 tahun jadi jutawan sekelip mata! Menang cabutan BSN SSP!
Published byGambar hiasan... Warga emas berusia 78 tahun, Rasathurai Chelliah antara warga emas pernah diumumkan sebagai jutawan bagi cabutan istimewa BSN SSP. - Kredit foto: Harian Metro
SEORANG atendan pam berasal dari Bedong, Kedah bergelar
jutawan setelah muncul salah seorang pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan
Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi Jun 2021.
Memetik laporan Berita Harian, 28 September 2021, BSN menerusi satu kenyataan memaklumkan pemenang berusia 72 tahun itu sehingga kini masih lagi meneruskan simpanan walaupun telah menjadi jutawan.
“Pemenang
tersebut turut mengajak orang ramai
terutama golongan muda untuk turut menyimpan dalam SSP.
“Menerusi siri
cabutan sama, jutawan Jun kedua ialah seorang pesara berusia 82 tahun berasal dari Kuala Lumpur. Beliau menekankan
pentingnya menyimpan dari awal dan secara konsisten demi kemudahan pada masa
hadapan.
“BSN
meneruskan pencarian jutawan menerusi Cabutan Istimewa SSP yang berpeluang
memenangi RM1 juta,” katanya.
Kenyataan
turut memaklumkan empat lagi penyimpan SSP dinobatkan sebagai jutawan bagi Jun
sehingga Ogos 2021 menjadikan jumlah terkini jutawan SSP seramai sembilan orang
daripada 14 orang jutawan keseluruhannya.
“Semua
pemenang bagi cabutan bagi tempoh Jun hingga Ogos terdiri daripada pelbagai
latar belakang, kaum dan umur yang berbeza antara 17 tahun hingga 82 tahun.
“Bagi
Cabutan Istimewa BSN SSP Julai 2021, seorang pelukis pelan berusia 38 tahun
dari Padang Temu, Melaka membawa pulang RM1 juta
"Manakala,
jutawan bagi Ogos pula adalah seorang pesara berusia 59 tahun yang juga berasal
dari Melaka,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata sehingga September 2021, jumlah
penyimpan BSN SSP dicatatkan adalah lebih empat juta orang dengan jumlah
simpanan melebihi RM4.3 bilion. - KitaReporters