Berita Terkini| Kit ujian kendiri Covid-19 sebagai barang kawalan! Bagi tak bebankan rakyat!
Published byGambar hiasan... KPDNHEP kini dalam proses bagi senaraikan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai barang kawalan
Kit ujian kendiri Covid-19 bakal disenaraikan dalam kategori senarai barang kawalan bagi memastikan rakyat tidak terbeban untuk dapatkan peralatan berkenaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan semua yang berkaitan bagi realisasikannya.
“Harga seunit kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran kini difahamkan cecah RM39.90. Tentunya kadar ini agak membebankan rakyat, apatah lagi bagi isi rumah yang perlukan lebih dari satu unit.
“Jadi kita kini sedang membuat advokasi dengan pengilang, pengimport, penjual dan semua pihak berkaitan bagi dapatkan harga munasabah yang tidak merugikan peniaga serta tidak bebankan rakyat.
“Setelah disenaraikan sebagai barangan kawalan kelak, ia diharapkan mampu dibeli semua orang tanpa bebankan rakyat atau mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu pada 3 Ogos 2021.
Terdahulu Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu meninjau perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Bas.
Katanya
lagi, selain berusaha senaraikan kit ujian kendiri sebagai harga kawalan
kementeriannya juga berperanan pastikan kit ujian kendiri di pasaran tiada yang
tiruan sekali gus pastikan pengguna tidak terjerumus membeli barangan tiruan. - KitaReporters