Berita Terkini| Kabinet baharu! 31 menteri dan 38 timbalan! 4 bekas menteri dilantik semula!
Published byPERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.
Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi
sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Memetik laporan Berita
Harian, antara Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya; dan Datuk Dr
Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.
Selain itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang
sebelum ini memegang Menteri Luar Negeri bertukar portfolio sebagai
Menteri Pertahanan. Hishammuddin juga kekal sebagai Menteri Kanan (Pertahanan).
Pemilihan Jemaah Menteri kali ini turut menyaksikan
empat bekas menteri dilantik semula memegang jawatan.
Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dilantik Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dibantu oleh Timbalan
Menteri, Datuk Hanifah Hajar Taib.
Datuk Seri Shahidan Kassim yang sebelum ini pernah
dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kini menjadi Menteri
Wilayah Persekutuan, manakala bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir
Khalid menerajui Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Satu lagi nama pemimpin veteran ialah Ahli Parlimen
Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan
Usahawan dan Koperasi.
Dalam masa sama, tiga nama tidak dilantik semula ke
jawatan iaitu Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tempatnya sebagai
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diisi Ahli Dewan Negara,
Idris Ahmad; Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, digantikan Datuk Dr Zuraidah Kamaruddin
dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang sebelum ini menyandang jawatan
Menteri Tugas-tugas Khas, digantikan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Sebelum ini, Zuraidah menerajui Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, manakala Abdul Latif di Kementerian Pembangunan Luar
Bandar. - KitaReporters