Berita Terkini| 52 warga asing ditahan di tapak pembinaan kondo! Ops Sapu Jabatan Imigresen!
Published byJABATAN Imigresen Malaysia Melaka menahan 52 individu dalam Operasi Penguatkuasaan (Ops Sapu) di penempatan pekerja warga asing di tapak pembinaan kondominium Kota Laksamana di Melaka.
Pengarahnya, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, ketika
operasi pada jam 1.30 pagi Selasa, 31 Ogos 2021, terdapat 134 pekerja sedang nyenyak tidur
dan daripada jumlah itu, 52 orang terdiri dari warga Myanmar dan Bangladesh
didapati melanggar Akta Imigresen.
Menurutnya bilangan mereka yang ditahan membabitkan 41
lelaki Bangladesh dan 11 lelaki Myanmar berusia di antara 25 dan 45 tahun yang
dipercayai bekerja sebagai buruh pembinaan di kawasan sekitar.
"Kesemua warga asing tidak menyedari kehadiran
anggota penguat kuasa kerana sedang nyenyak tidur malah kawasan tersebut
dikepung oleh anggota penguat kuasa lebih awal.
"Mereka yang ditahan dibawa ke Pusat Kesihatan
Daerah bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan
Imigresen bagi tujuan siasatan dan pendakwaan," katanya dalam satu
kenyataan, Rabu, 1 September 2021.
Kesalahan imigresen yang dikenal pasti adalah antara mereka tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, Pas Lawatan Kerja Sementara tamat tempoh dan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). - KitaReporters