Berita Terkini| 30 individu di Kelantan dirujuk pakar kesihatan mental! Tempoh wabak Covid-19!
Published byGambar
hiasan… Hanya 0.07 peratus sahaja rakyat Kelantan dirujuk kepada pakar kesihatan
mental sepanjang Mac 2020 hingga 31 Julai 2021. - Kredit foto: Azlan Zamhari
KAJIAN tahap kesihatan mental rakyat Kelantan dalam tempoh pandemik Covid-19 menunjukkan hanya 30 orang sahaja atau 0.07 peratus daripada 44,003 responden perlu dirujuk kepada pakar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata pengurusan kesihatan mental semasa pandemik diselaraskan melalui Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
“Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang bermula Mac 2020 sehingga 31 Julai 2021, seramai 44,003 telepsikososial yang dilakukan kepada pesakit Covid-19 dan kontak pesakit Covid-19 (PUS).
“Namun daripada jumlah itu hanya 30 orang sahaja memerlukan rujukan kepada pakar psikiatri dan tiada kes bunuh diri dilaporkan. Kesihatan mental penduduk di negeri ini dalam keadaan baik,”
katanya
dipetik daripada laporan Harian Metro pada 25 Ogos 2021.
Tambah beliau, pengurusan kesihatan mental dilaksanakan itu melibatkan tiga kategori iaitu pesakit Covid-19, kontak rapat pesakit dan petugas barisan hadapan. - KitaReporters