Berita Terkini| Wad Covid-19 di parkir Hospital ATM Tuanku Mizan! Tampung pesakit kategori 4, 5!
Published byDMZ menampung keperluan rawatan pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. - Kredit gambar: Markas ATM
RUANG parkir Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) kini berubah menjadi 'wad sementara' bagi menampung pesakit Covid-19 kategori empat dan lima yang semakin meningkat di Lembah Klang.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi
Buang berkata, ruang parkir bawah itu sememangnya ruang yang digazetkan sebagai
Zon Pengurusan Bencana (DMZ) yang direka khas ketika awal pembinaan hospital
itu bagi menghadapi kes bencana kimia dan biologi.
"Ia juga disokong dengan faktor kemudahan sedia
ada yang terbina di kawasan berkenaan daripada aspek bekalan kuasa elektrik,
bekalan oksigen, 'vacuum ports' dan bantuan sokongan perubatan yang mampu
mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian.
"DMZ berkeupayaan menyediakan 50 katil tambahan
diletakkan di bawah pemerintahan Pegawai Memerintah HATTM Brigadier Jeneral
Datuk Dr Rosman Ab Rahman dan Lt Kol Dr Mohamad Azlan Arrifin sebagai Komander
Operasi," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Jumaat, 9 Julai 2021.
Persiapan DMZ yang siap sepenuhnya Khamis, 8 Julai 2021,
turut dibantu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara
(Nadma).
“DMZ ini akan beroperasi sepenuhnya untuk menerima pesakit Covid-19 bagi kategori empat dan lima hari ini (Jumaat, 9 Julai 2021)," katanya . - KitaReporters