Platform National Healthy Research Volunteer Register dilancarkan secara maya pada 2 Julai 2021.


Platform ‘National Healthy Research Volunteer Register’ (NHRVR) atau Daftar Sukarelawan Penyelidikan Sihat Nasional dilancarkan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM) bagi pantau keselamatan sukarelawan sihat yang sertai kajian klinikal di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata platform tersebut akan bantu para penyelidik dan sukarelawan dalam pastikan integriti kajian klinikal dijalankan tidak terjejas.

“Bagi pastikan  platform ini dapat digunakan dengan efisien, latihan telah diberikan kepada staf-staf rangkaian pusat penyelidikan klinikal di bawah kelolaan ICR, KKM dan institusi atau pusat-pusat yang kendalikan kajian klinikal terlibat.

“Sukarelawan sihat adalah individu yang tidak punyai sebarang masalah kesihatan yang menghalang daripada menyertai percubaan klinikal.

“Mereka  terlibat dalam kajian klinikal fasa 1, kajian bioavailability dan bioequivalence serta kajian fasa 3 seperti kajian klinikal yang sedang dijalankan berkenaan vaksin,” katanya yang dipetik laporan Kosmo, 2 Julai 2021.

Katanya lagi, platform berkenaan juga untuk memastikan agar sukarelawan tidak berada di dalam beberapa kajian klinikal serentak dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, KKM turut menyasarkan penglibatan menyeluruh institusi pengajian tinggi serta sektor swasta dalam menggunakan platform tersebut di masa hadapan. - KitaReporters


1
0
0
0
0

Copy Link: