SEBANYAK RM4 juta diperuntukkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi membantu pelajar-pelajar daripada keluarga B40 sebagai menyokong langkah pengurangan yuran sebanyak 20 peratus.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly, berkata 70 peratus pelajar UTHM datang daripada keluarga B40 dan memerlukan bantuan untuk membayar yuran pengajian.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran pada semester akan datang.

"Pihak universiti menyokong langkah pengurangan yuran sebanyak 20 peratus bagi semester satu sesi akademik 2021/2022 kepada semua pelajar," katanya dalam kenyataan pada Rabu, 15 September 2021.

Sementara itu, Wahid berkata sehingga kini 97 peratus kakitangan dan 83 peratus pelajar telah lengkap divaksinasi.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menerima kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus mulai 15 Oktober ini. - KitaReporters


14
15
0
12
0

Copy Link: