Lima negeri telah beralih ke Fasa 2 PPN bermula 5 Mei 2021 


KEDAH mungkin menjadi negeri seterusnya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) setelah beberapa usaha dijalankan kerajaan negeri bagi memenuhi nilai ambang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, usaha tersebut turut merangkumi inisiatif pertingkatkan program pemberian vaksin kepada rakyat mengikut bekalan diterima.

"Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) juga digerakkan bagi berikan suntikan vaksin kepada golongan pekerja industri di Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar.

"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dilaksana membabitkan kluster industri terutama di Sungai Petani tentunya dapat kawal penularan Covid-19 serta diharap putuskan rantaian virus di kawasan itu.

"Mungkin Kedah tidak lama lagi akan masuk fasa 2 PPN selepas Sabah kerana kita telah pun mencapai jumlah vaksinasi lengkap lebih sembilan peratus," katanya yang dipetik oleh laporan Harian Metro, 6 Julai 2021.

Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah turut memastikan pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi  di Kedah berkurangan ke paras sederhana bagi capai nilai ambang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, terdahulu Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang dan Perlis beralih ke Fasa 2 PPN mulai 5 Jun 2021, apabila berjaya penuhi semua nilai ambang termasuk catat liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus dalam kalangan penduduk. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: