Berita Terkini| Tiada perjumpaan keluarga-banduan Aidiladha ini! Diganti dengan sidang video!
Published byPerjumpaan keluarga dengan penghuni penjara di seluruh
negara sempena Aidiladha ini ditangguhkan Jabatan Penjara Malaysia sebagai langkah
kekang penularan pandemik Covid-19.
Memetik laporan Sinar Harian pada 14 Julai 2021, Jabatan Penjara Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan perjumpaan dengan banduan-banduan itu digantikan dengan cara penggunaan sidang video melalui e-mel jabatan (icewarp) bermula 21 hingga 25 Julai 2021.
“Perjumpaan secara kaedah itu hanya dibenarkan kepada keluarga yang membuat tempahan sahaja menerusi dua kaedah iaitu panggilan telefon di penjara dan e-mel atau surat ke penjara berkaitan.
“Penjara-penjara berkenaan akan menetapkan tarikh dengan tempoh masa bergantung pada situasi semasa penjara tersebut.
“Penghuni juga dibenarkan gunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan bagi hubungi keluarga masing-masing sekiranya perlu,” katanya.
Orang ramai yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh
layari laman web Jabatan Penjara Malaysia www.prison.gov.my
. - KitaReporters