Berita Terkini| Agong dukacita! Pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan! Kenyataan mengeliru!
Published byAGONG menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen bahawa Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat sedangkan pembatalan belum lagi diperkenan baginda. - Kredt foto: Bernama
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.
Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan
rasa amat dukacita kerana apa sudah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu
dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk
Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun semasa majlis
menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua
Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan,
sudah tidak dilaksanakan.
“Seri Paduka
Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di
Parlimen pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan semua
Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh baginda sepanjang tempoh darurat
walhal pembatalan belum lagi diperkenan baginda.
"Baginda
menegaskan bahawa kenyataan (Takiyuddin) di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah
tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat ,” katanya dalam kenyataan rasmi Istana Negara pada Khamis, 29 Julai 2021.
Ahmad Fadil
memaklumkan, Seri Paduka baginda menegaskan permohonan pembatalan semua ordinan
darurat yang berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang dilakukan secara
tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen selain mengelirukan ahli-ahli Dewan
Rakyat.
“Kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan
di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang
yang terkandung dalam Rukun Negara.
“Malah telah
membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku ketua utama negara
seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baginda
menegaskan dalam pemerintahan Raja Berpelembagaan dan sistem Demokrasi
Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran perlembagaan, semua pihak perlu
mematuhi kedaulatan undang-undang.
Beliau berkata, baginda menegaskan bahawa semua Ahli Parlimen supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung. - KitaReporters