Berita Terkini| 16 varian Covid-19 membimbangkan dikesan di Terengganu! Mulai akhir Julai 2021!
Published byJumlah kes harian Covid-19 pada 2 September adalah paling tertinggi di Terengganu sejak pandemik melanda.
SEBANYAK 16 kes varian membimbangkan (VOC) Covid-19 direkodkan di Terengganu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sehingga kini sejak ia mula dikesan akhir Julai 2021.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata varian tersebut membabitkan
tujuh
kes varian Delta (B.1.617.2) dan sembilan kes varian Beta (B.1.351).
“Daripada jumlah dikesan itu, empat kes VOC direkodkan di daerah Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu, seterusnya di Marang (3), Kemaman (2) serta masing-masing satu kes di daerah Setiu, Dungun dan Besut.
"Kewujudan varian ini memerlukan tindakan kawalan lebih teliti kerana kadar jangkitannya lebih cepat.
“Tindakan kawalan juga perlu dilakukan dengan lebih cepat seperti memastikan pesakit bukan sahaja dikuarantin dengan cara betul tetapi juga asingkan segera pesakit dan kontak rapat yang dikesan,” katanya dipetik daripada laporan Sinar Harian pada 3 September 2021.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, Terengganu merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi pada 2 September 2021 dengan 987 kes, sekali gus rekod baharu sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
Katanya
lagi, peningkatan mendadak tersebut disebabkan beberapa faktor seperti saringan
kontak rapat dan saringan kes aktif (ACD) bersasar di beberapa lokaliti di
seluruh daerah di Terengganu. - KitaReporters