Berita Terkini| Mangsa gangguan seksual perlu lapor segera! RUU seksual masih peringkat akhir!
Published byMANGSA gangguan seksual digesa terus membuat laporan kepada pihak berkuasa tanpa menunggu Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan gangguan seksual diluluskan di Parlimen.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, RUU tersebut perlu melalui pelbagai proses dan kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Peguam Negara.
“Kita ada akta sedia ada kerana RUU ini adalah RUU baharu, bukan yang dipinda. Jika ada mangsa mendapat gangguan seksual, sudah pasti aduan boleh terus dibuat, bukan kena tunggu RUU ada dulu,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, Rabu, 8 September 2021.
Dalam masa sama, Rina memberi jaminan mempercepatkan proses pembentangan RUU berkenaan bersama pihak KPT.
“Negara kita
ada undang-undang sedia ada. Apabila siap nanti (RUU) kita tunggu,” katanya
sambil memberitahu, aduan boleh dibuat terus ke balai polis dan talian kasih
15999 di bawah KPWKM. - KitaReporters