Berita Terkini| 'Ustaz' direman lagi! Cabul dan lakukan amang seksual terhadap remaja 13 tahun!
Published bySEORANG mudir madrasah direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki pada Selasa, 3 Ogos 2021.
Perintah
reman sehingga Rabu, 11 Ogos 2021, terhadap terhadap ustaz berusia 33 itu dikeluarkan oleh
Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Faezah Abdullah di Mahkamah Majistret Kota
Bharu.
Ketua Polis
Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 1 pagi
tadi di rumahnya di Machang.
Katanya,
suspek yang juga penceramah bebas ditahan selepas seorang remaja lelaki berusia
13 tahun membuat laporan polis di Tanah Merah, Khamis, 5 Ogos 2021.
“Berdasarkan
laporan, suspek dipercayai mencabul dan melakukan amang seksual terhadapnya di
sebuah rumah di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah kira-kira pukul 8 pagi Selasa, 3 Ogos lalu.
“Mangsa
dipercayai telah diminta mengurut badan suspek di ruang tamu rumah sebelum
mengajak remaja berkenaan masuk ke dalam bilik kerana bimbang orang lain
melihat perbuatan itu,” katanya seperti dipetik oleh Kosmo, pada Jumaat, 6 Ogos 2021.
Suspek kini
ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a)
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Penahan ini bukan kali pertama sebaliknya 'ustaz' ini pernah didakwa atas 12 pertuduhan mencabul pelajar, bekas pelajar di pondoknya dan seorang ahli perniagaan . - KitaReporters