Berita Terkini| Peniaga pakaian wanita rugi lebih RM78k! Tak semak transaksi pembayaran online!
Published byGambar hiasan... Peniaga dalam talian perlu menyemak transaksi pembayaran oleh pelanggan sebagai langkah elak ditipu. - Kredit foto: pixabay.com
GARA-GARA tidak melakukan semakan transaksi pembayaran, seorang peniaga pakaian wanita berusia
24 tahun mendakwa mengalami kerugian RM78,706 setelah menyedari tiada pembayaran
dilakukan oleh pelanggan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berniaga secara dalam talian hanya menyedari dirinya ditipu oleh pelanggan yang mendakwa sudah memasukkan wang ke dalam akaun banknya pada 16 Julai 2021.
“Kejadian bermula 1 November (2020) lalu apabila mangsa menerima pesanan menerusi Facebook daripada pelanggan yang berminat dengan pakaian wanita dijual mangsa. Selepas berhubung, suspek bersetuju membelinya lalu membuat 'pembayaran'.
“Pelanggan yang menggunakan empat nama akaun Facebook berbeza menghantar resit pembayaran atau pemindahan wang kepada mangsa sebagai bukti, namun ia adalah palsu. Mangsa hanya sedar dirinya ditipu setelah terdapat pengurangan wang dalam akaun banknya.
"Selepas diaudit didapati empat penama tidak membuat pembayaran kerana tiada rekod kemasukan wang ke dalam akaun miliknya,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 18 Julai 2021.
Tambah beliau, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Temerloh pada 17 Julai 2021 dan mendakwa penama pertama tidak membayar sebanyak RM40,526, selain tiga lagi masing-masing sebanyak RM22,928, RM6,372 dan RM8,940.
Katanya lagi, mangsa percaya seorang daripada pelanggan itu merupakan dalang dan sengaja mewujudkan akaun Facebook tiga penama lain bagi memperdaya dengan menunjukkan resit pembayaran palsu kepadanya.
"Semakan
lanjut mendapati keempat-empat akaun Facebook itu punyai hubung kait
berdasarkan alamat penghantaran barang di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur. Kes
disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya. - KitaReporters