Berita Terkini| Bayaran sewa kantin, premis di sekolah dikecualikan 6 bulan! Mulai Julai 2021!
Published byGambar hiasan...KPM memberikan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kantin sekolah selama enam bulan bermula Julai 2021. - Kredit foto: malaysia3c.com
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memberi pengecualian bayaran bagi sewaan kantin dan premis atau ruang di sekolah selama enam bulan bemula Julai 2021.
Menurut
kenyataan KPM pada 4 Julai 2021, penyambungan kontrak sewaan kantin, premis
atau ruang seperti kedai buku serta koperasi di sekolah bawah kementerian itu
juga diberikan secara automatik untuk tempoh setahun apabila kontrak asal
tamat.
“KPM
prihatin dengan kesukaran dihadapi penyelia perkhidmatan khususnya kontraktor perkhidmatan
kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), bekalan makanan bermasak (BMB) di
institusi bawah KPM yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagi perkhidmatan
BMB, kementerian lanjutkan kontrak perkhidmatan kepada kontraktor terlibat dengan
ambil kira tempoh yang terjejas.
“Berhubung
perkhidmatan KBK pula, tidak timbul isu kontraktor perlu potong gaji pekerja kerana pembayaran kepada kontraktor
dibuat sepenuhnya sebagaimana dinyatakan dalam kontrak,” katanya.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan KPM yakin inisiatif tersebut akan membantu ringankan beban kewangan penyelia perkhidmatan di institusi bawah KPM serta pekerja terlibat akibat pandemik Covid-19. - KitaReporters