Berita Terkini| Polis rakam percakapan wanita sebar berita palsu! Cetuskan panik masyarakat!
Published byPOLIS merakam percakapan seorang peniaga wanita yang didakwa menyebar berita palsu melalui pesanan suara berhubung penularan wabak Covid-19 di Sungai Bakap, Nibong Tebal sehingga mencetuskan panik masyarakat.
Ketua Polis
Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata, pihaknya
menerima laporan dibuat oleh Ketua Balai Polis Sungai Bakap itu sendiri berhubung
perkara berkenaan pada jam 1.30 tengah hari, Rabu, 28 Julai 2021.
Berikutan
itu, katanya, polis memanggil wanita berusia 47 tahun terbabit untuk dirakamkan
percakapan.
"Wanita
itu memaklumkan dia menghantar pesanan berkenaan ketika sedang menjalankan
perniagaan di tepi jalan besar Sungai Bakap selepas ternampak konvoi pasukan polis
menghala ke Hospital Sungai Bakap (HSB) dengan mengenakan pakaian penuh
perlindungan diri (PPE).
"Tujuan
dia menghantar pesanan suara itu adalah untuk memberi ingatan kepada ahli
keluarga dan rakan supaya berjaga-jaga dengan virus Covid-19 yang semakin
meningkat.
"Bagaimanapun,
siasatan mendapati pesanan suara dihantar wanita itu melalui aplikasi WhatsApp
mengandungi berita palsu sebelum tular lalu mencetuskan panik dalam kalangan
masyarakat," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Khamis, 29
Julai 2021.
Chong Chern
berkata, hasil semakan juga mendapati punca wanita itu bertindak demikian
selepas dia melihat pasukan polis dari Balai Polis Sungai Bakap membawa mayat
seorang lelaki yang meninggal dunia di Kampung Valdor.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - KitaReporters
Wanita itu memaklumkan dia menghantar pesanan berkenaan ketika sedang menjalankan perniagaan di tepi jalan besar Sungai Bakap selaps ternampak konvoi pasukan polis menghala ke Hospital Sungai Bakap (HSB) dengan mengenakan pakaian penuh perlindungan diri (PPE). - Gambar hiasan