Berita Terkini| Pahang kutip 44.2 tan barangan kitar semula! Bernilai RM21k! Untuk Jan-Sept 2021
Published bySEBANYAK 44.2 tan barangan kitar semula bernilai RM21,000 dikutip di seluruh Pahang bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September 2021 ini.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Sharudin Hamid, berkata, pencapaian itu membanggakan dengan kesedaran orang ramai yang semakin meningkat mengenai program kitar semula.
Katanya, ini kerana masyarakat mempunyai pilihan sama ada menjual barangan kitar semula atau meletakkannya di kawasan rumah mengikut jadual yang ditetapkan bagi kutipan barangan kitar semula.
Dengan kesedaran yang semakin meningkat, SWCorp dan Alam Flora Sdn Bhd percaya masyarakat sudah mula mengasingkan barangan seperti plastik, kertas, minyak masak dan botol dengan sisa makanan.
"Pengasingan itu akan mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan dan memelihara sumber alam semula jadi.
"Berdasarkan statistik tahun lalu, 147 tan dengan nilai RM54,000 dikutip di seluruh Pahang," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Jumaat 1 Oktober 2021.
Katanya, Kuantan dijadikan sebagai projek perintis bagi melihat sambutan daripada masyarakat sebelum dibuka di 10 daerah di Pahang.
"Di pusat ini, belian mengikut harga semasa seperti minyak masak dibeli pada harga RM1.80, aluminium (RM2.50) surat khabar, kertas hitam putih dan majalah 25 sen, besi (50 sen) tin (40 sen, plastik (40 sen) untuk sekilogram. - KitaReporters