Berita Terkini| Hanya 4 kematian penerima dos penuh vaksin! Daripada 13k kes meninggal Covid-19!
Published byKAKITANGAN HTAR, Klang menolak jenazah mangsa Covid-19 untuk dihantar ke pusat forensik sebelum dituntut oleh ahli keluarga. - Kredit foto: Utusan Malaysia.
ANALISIS data klinikal angka kematian akibat Covid-19 dalam negara menunjukkan, sebanyak 0.03 peratus iaitu bersamaan dengan empat kematian, melibatkan individu yang telah menerima dos penuh.
Ketua Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejak penularan pandemik
dilaporkan di dalam negara, sebanyak 12,993 kematian telah direkodkan.
“Sebanyak 80 kematian
iaitu bersamaan 0.6 peratus lagi, melibatkan individu yang hanya menerima satu
dos suntikan vaksin.
“Analisis audit data klinikal terbaharu kami
menunjukkan, daripada 12,993 kematian yang direkodkan di dalam negara, 80 kes
(0.6 peratus) melibatkan individu yang menerima satu dos vaksin, manakala 4 kes
(0.03 peratus) melibatkan individu yang telah menerima dos penuh vaksin, ” kata
dalam satu ciapan dalam akaun Twitter miliknya, pada Rabu, 18 ogos 2021.
Noor Hisham
bagaimanapun, tidak menjelaskan lanjut mengenai tempoh masa mangsa dijangkiti,
terutama dalam kalangan penerima yang telah menerima dos penuh, dan juga
pecahan jenis vaksin yang diterima. -
KitaReporters