Berita Terkini| Tawaran urutan seks di hotel! DBKL tutup 4 hotel sekitar ibu kota! Ops Patuh!
Published byPenguatkuasa DBKL menampal notis di premis yang dikenakan tindakan dalam Ops Patuh yang dijalankan sekitar ibu kota Kuala Lumpur. - Kredit foto: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menutup empat hotel di sekitar ibu kota yang dikesan menjalankan aktiviti urutan seks sepanjang Ops Patuh bermula 15 hingga 31 Ogos 2021 lalu.
Memetik laporan Kosmo pada 1 September 2021, DBKL memaklumkan seramai 30 warga asing turut ditahan dalam operasi dijalankan terhadap premis-premis komersial itu.
“Warga asing yang ditahan bagi tujuan dokumentasi itu terdiri daripada 12 warga Indonesia, Thailand (7), Bangladesh (6) serta lima tukang urut atau pekerja seks warga Vietnam.
“Selain itu, tindakan menyita 45 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan pelbagai barangan termasuk kondom, minyak pelincir, buku log, modem dan monitor,” katanya.
Mengulas lanjut, DBKL turut memaklumkan secara keseluruhan sebanyak 621 buah premis telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“DBKL
membuat penutupan terhadap 17 buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta
Kerajaan Tempatan 1976 terhadap empat buah hotel yang menjalankan aktiviti
tidak bermoral dan 13 buah premis perniagaan dikendalikan warganegara asing,”
ujarnya. - KitaReporters