Berita Terkini| Tun Ahmad Sarji meninggal dunia! Bertarung di ICU ekoran komplikasi Covid-19!
Published byMANTAN Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital pada awal pagi Sabtu, 28 Ogos 2021.
Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kemas kini dalam Facebooknya berkongsi
berita sedih berkenaan.
"Salam takziah
buat seluruh keluarga Allahyarham YABhg (Yang Amat Berbahagia) Tun Ahmad Sarji
Abdul Hamid diatas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28
Ogos 2021, jam 1.40 pagi.
"Allahyarham
merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 dan
seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati
sewaktu dalam perkhidmatan," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian.
Mohd Zuki berkata,
pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara melalui jasa dan
bakti yang telah dicurahkan selama ini.
"Semoga roh
Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama para solihin.
Al-Fatihah," katanya.
Pada 7 Ogos 2021 lalu,
media melaporkan Ahmad Sarji dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital
Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras akibat
komplikasi Covid-19.
Ahmad Sarji, 82, merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996 ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. - KitaReporters