Berita Terkini| Harga borong rambutan, manggis merudum! Pekebun di Tanah Merah, Jeli kerugian!
Published byGambar hiasan... Berlaku lambakan rambutan dan manggis di Tanah Merah dan Jeli di Kelantan sehingga menyebabkan harga borong jatuh mendadak.
KEJATUHAN harga borong rambutan sehingga RM0.40 sen sekilogram buat masa ini menyebabkan kira-kira
2,000 pekebun di Tanah Merah dan Jeli di Kelantan berdepan kerugian.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanas Jedok, Tanah Merah, Zulkifli Yunus berkata
harga borong
buah tersebut RM3 sekilogram pada awal musim iaitu sekitar sebulan lalu namun
kini merudum mendadak.
“Kerugian dihadapi pekebun dianggarkan RM2.5juta berikutan berlakunya lambakan rambutan sekali gus menyebabkan harga juga menurun. Tanaman membabitkan keluasan kira-kira 1,000 hektar.
“Pekebun juga rasa tidak berbaloi lagi mengutip buah di kebun kerana perlu menampung pelbagai kos termasuk upah pekerja dan sewa pengangkutan, sedangkan harga jual borong cuma RM0.40 sekilogram
“Semua ini tidak menguntungkan pekebun. Harga rambutan jatuh kerana musim ini rambutan sangat menjadi dan berbuah lebat sehingga terlalu banyak,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 9 Ogos 2021.
Dalam
perkembangan sama, beliau memaklumkan berlaku juga lambakan manggis pada masa
ini hingga hanya dijual pada harga RM0.30 sekilogram untuk pemborong. - KitaReporters