Berita Terkini| Isu sijil vaksin digital selesai minggu ini! MySejahtera kemas kini maklumat - KJ

Published by
KitaReporters


LEBIH 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil digital vaksin dalam aplikasi MySejahtera diselesaikan pada minggu ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa sama, MySejahtera juga akan terus mengemas kini maklumat menerima vaksinasi dos pertama atau dos kedua sebelum ini.

Hasil siasatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan mengenal pasti beberapa punca kepada masalah tersebut.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 95,347 aduan itu berpunca daripada MySejahtera seperti status penerima vaksin sebagai tanggungan, menyebabkan sijil vaksin digital individu tersebut terikat dengan pemilik akaun MySejahtera.

“Masalah lain pemilik akaun MySejahtera tidak mengesahkan nombor kad pengenalan dalam akaun dan pengguna mempunyai lebih daripada satu akaun MySejahtera.

“Sijil digital vaksin hanya akan dipaparkan dalam akaun MySejahtera yang digunakan ketika menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya di Alor Setar, Ahad, 19 September 2021. - KitaReporters


13
13
0
10
0

Copy Link: