SEBANYAK 21 Pos Kawalan yang baharu berjaya dibina di sempadan negara dalam usaha mempertingkatkan lagi aspek keselamatan, sekali gus menjaga kedaulatan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembinaan Pos Kawalan tersebut adalah selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong dalam ucapan di Parlimen hari ini, yang mahu sebarang usaha mencabar kedaulatan negara ditangani sebaiknya.

“Pos kawalan berkenaan termasuklah dua di Semenanjung, lima di Sabah dan 14 di Sarawak.

“Usaha ini amat penting bagi memastikan usaha Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal sempadan negara terus dapat diperkasakan,” katanya menerusi satu entri dalam Facebook pada Isnin, 13 Septemberi 2021.

Dengan pembinaan pos-pos baharu ini, kawalan sempadan megara antara Sarawak dengan Kalimantan, akan dipertingkatkan.

Ini secara langsung meningkatkan keupayaan operasi pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam usaha mematahkan cubaan dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Tindakan memperketatkan kawalan sempadan ini juga dilihat selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam negara. - KitaReporters


12
14
0
11
0

Copy Link: