Berita Terkini| 4 bendera hitam dikesan di tempat awam di Terengganu! Tiada sebarang tangkapan!
Published bySalah satu lokasi dikesan dikibarkan bendera hitam di daerah Dungun, Terengganu. - Kredit foto: IPD Dungun
EMPAT kes
kibaran bendera hitam dikesan oleh polis di Terengganu pada 3 Julai 2021 ketika
bermulanya kempen berkenaan yang mulanya dicetuskan menerusi media sosial.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd
Mokhtar berkata bendera hitam tersebut didapati berkibar di lokasi-lokasi awam termasuk
tepi jalan raya di daerah Dungun serta Besut.
“Tiada
sebarang tangkapan dilakukan setakat ini. Polis juga belum memanggil mana-mana
individu untuk dirakamkan keterangan memandangkan ia masih baharu. Polis sedang
kesan mereka yang terbabit dengan kempen ini.
“Individu dikesan
terlibat boleh dikenakan di bawah
Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dipetik laporan Sinar Harian, 4
Julai 2021.
Terdahulu, media sosial dibanjiri seruan kempen kibarkan
bendera hitam di mana-mana lokasi dirasakan sesuai yang didakwa sebagai tanda
kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.
Orang ramai
juga diseru mengambil gambar dan memuat
naik ke media sosial secara serentak pada jam 3 petang, 3 Julai 2021 dengan gunakan tanda pagar #Lawan
sebagai tanda sokongan terhadap kempen berkenaan.
Kempen kibar
bendera hitam muncul selepas kempen kibarkan bendera putih muncul namun
tujuannya berlainan. -KitaReporters