Berita Terkini| Ramai pesakit kritikal tak ditempatkan di wad! Hospital sesak dan kurang katil!
Published byKEADAAN di Unit Rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di sekitar Lembah Klang sebelum keadaan menjadi lebih sesak dan kekurangan katil. - Kredit foto: Astro Awani
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan masih ramai pesakit kritikal Covid-19 yang tidak dapat ditempatkan di wad kerana kesesakan dan berdepan kekurangan katil di wad serta bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang tidak
dapat ditempatkan di wad itu kini terpaksa diletakkan di Jabatan Kecemasan dan
Trauma di hospital sekitar Lembah Klang.
Malah, pesakit Covid-19 dalam kategori 3 dan 4 yang memerlukan
bantuan oksigen dan mereka hanya dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan
Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
"Jumlah
pesakit Covid-19 termasuk yang disyaki atau berkemungkinan dijangkiti virus
berkenaan masih tinggi dan tidak menunjukan penurunan khususnya di kawasan
Lembah Klang.
"Sehingga
kini seramai 1,224 pesakit Covid-19 termasuk individu yang disyaki dan
berkemungkinan dijangkiti virus itu sudah dimasukan ke dalam ICU dan daripada jumlah
yang dilaporkan itu lebih separuh atau 567 pesakit berada di Lembah Klang iaitu
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Isnin 5 Julai 2021.
Sehubungan itu, beliau menyatakan beberapa langkah sudah diambil oleh pihak KKM bagi mengatasi masalah berkenaan seperti meningkatkan kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merawat pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, pihak HKL turut membuat penyumberluaran (outsourcing) dengan merujuk pesakit bukan Covid-19 dari hospital berkenaan ke hospital swasta yang berdekatan. - KitaReporters
DR. Noor Hisham berkata beberapa langkah oleh KKM dengan membuat penyumberluaran dengan merujuk pesakit bukan Covid-19 dari hospital berkenaan ke hospital swasta berdekatan.