Berita Terkini| FAMA kecualikan sewa tapak pasar tani seluruh negara! 13k usahawan terima manfaat
Published byKIRA-KIRA 13,181 usahawan yang menerima manfaat menerusi inisiatif berkenaan di 312 lokasi pasar tani di seluruh negara.
LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memberikan pelepasan pembayaran sewa tapak kepada usahawan pasar tani di seluruh negara susulan operasinya tidak dapat dijalankan semasa Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua
Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata, 13,181 usahawan bakal menerima manfaat menerusi inisiatif di 312 lokasi di Malaysia bagi
mengurangkan beban mereka dalam tempoh mencabar ketika ini.
"Bagaimanapun
beberapa negeri yang berada di kategori Fasa 2 PPN, mereka akan dibenarkan
kembali menjalankan perniagaan di pasar tani dengan kadar sewa seperti biasa.
"Sewa
tapak yang dikenakan sebelum ini juga adalah sangat rendah dan berpatutan iaitu
antara RM5 hingga RM7 di setiap lokasi bagi membayar kos permit dan
penyelenggaraan kepada pihak berkuasa tempatan," katanya seperti dipetik Sinar Harian pada Sabtu, 17 Julai 2021.
Katanya daripada
keseluruhan 312 tapak pasar tani di seluruh negara hanya 12 pasar tani yang
dibenarkan beroperasi selepas negeri-negeri tertentu beralih ke Fasa 2 PPN. - KitaReporters