EBIT Lew memimpin tangan bapanya, Ibrahim Lew ketika menghadiri pembukaan satu daripada rangkaian pasar raya Elewsmart. - Kredit foto: Facebook Ebit Lew


BAPA kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia di Hospital Gleneagles kira-kira 4 petang pada Selasa, 13 Julai 2021 .

Menerusi hantaran dalam laman Instagram miliknya, , Ebit berkata, jenazah bapanya kini masih berada di hospital berkenaan dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu berkata, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia, ya Allah beratnya rasa ujian ini, i love you bapak.

“Bapak pergi dulu, nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak, sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana, letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik, terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya yang dipetik dalam Instagram @ebitlew.

Dalam masa sama, beliau memohon orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah bapanya.

Perkhabaran duka itu menjadikan media sosial pendakwah berusia 36 itu dihujani ucapan takziah dan mendokan Allahyarham bapanya dimasukkan dalam golongan orang beriman dan dipermudahkan urusan.

Terdahulu  bapanya  yang berusia 84 tahun itu disahkan menghidap kanser perut tahap empat menerima rawatan di hospital dan dijaga oleh abangnya sepanjang Ebit menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. -KitaReporters


0
0
2
0
0

Copy Link: