Berita Terkini| Kematian 2 pelajar bukan akibat kompikasi vaksin! Polis Perak nafi berita tular!
Published byTangkap layar
video tular yang mendakwa dua pelajar sebuah sekolah di Perak meninggal dunia
akibat komplikasi suntikan vaksin Covid-19.
KEMATIAN dua pelajar sekolah di Perak yang didakwa akibat komplikasi suntikan vaksin
Covid-19 seperti berita tular dalam media sosial adalah tidak benar.
Ketua Polis
Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menafikan dakwaan tersebut
dan kematian pelajar tersebut langsung tiada kaitan dengan suntikan imunisasi
berkenaan.
“Dua
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai itu dilaporkan meninggal dunia pada 18 Julai dan 17
September 2021 lalu sedangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja
hanya bermula 20 September 2021.
“Kematian mereka
tiada kena mengena dengan vaksin. Berita tular dalam media sosial berhubung punca kedua-dua
pelajar ini meninggal dunia adalah tidak benar,” katanya yang dipetik laporan
Kosmo siaran 29 September 2021.
Tambah beliau,
pihaknya ada menerima laporan pada 18 Julai 2021 lalu mengatakan terdapat
seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif Covid-19.
“Pelajar berkenaan
sebenarnya mempunyai rekod sakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik dan
telah dua bulan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Manakala,
kematian seorang lagi pelajar yang dilaporkan pada 17 September 2021 membabitkan
remaja lelaki berusia 17 tahun adalah disebabkan sakit jantung,”
ujarnya. - KitaReporters