Berita Terkini| Anggota APM maut kemalangan! Motosikal dirempuh treler langgar lampu merah!
Published byMangsa meninggal dunia di lokasi kejadian setelah alami kecederaan parah di bahagian kepala. - Kredit foto: Gambar tular
SEORANG anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah treler di simpang empat lampu isyarat berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani, Kedah.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang pada 24 Ogos 2021, mangsa, Zikri Zafuan, 20, yang bertugas sebagai APM Kuala Muda dan berasal dari Kampung Ternang Dalam, Tanah Merah, Kelantan cedera parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata menurut saksi, kejadian kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah.
“Mangsa dalam perjalanan dari arah bandar ini menghala ke Kuala Ketil. Sebuah
treler tiba-tiba melanggar mangsa di bahagian hadapan kanan motosikal, ketika
itu mangsa dari lalu laluan simpang kiri sewaktu lampu isyarat hijau.
“Akibat kemalangan itu, mangsa yang alami cedera parah pada kepala
meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak alami sebarang
kecederaan,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia pada 25 Ogos 2021.
Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - KitaReporters