GAMBAR hiasan... Penggunaan hotel bajet sebagai pusat PKRC itu juga dapat membolehkan sektor perhotelan bajet beroperasi kembali dan menjana pendapatan.


PERSATUAN Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mencadangkan supaya kerajaan menjadikan hotel-hotel bajet di seluruh negara sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi pesakit tahap satu hingga tiga.

Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, cadangan itu berikutan keadaan pusat kuarantin yang dilihat penuh dan sesak akibat peningkatan kes harian terutama di Lembah Klang.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan membendung pelanggaran SOP bagi kes kuarantin di rumah, sekali gus mengekang peningkatan kes dan menangani kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

"Jika pesakit Covid-19 tahap satu hingga tiga diarahkan kuarantin di rumah, kepatuhan mereka terhadap prosedur operasi standard (SOP) diragui.

"Apa yang membimbangkan, mereka masih bebas bergerak tanpa pengawasan pihak berkuasa dan ini boleh menyebabkan kes meningkat.

"Setiap hari juga, kita mendapat berita kes BID, yang mana pesakit COVID-19 meninggal dunia di rumah tanpa mendapat bantuan perubatan sewajarnya seperti di pusat PKRC, " katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Rabu, 4 ogos 2021.

Mohd Khalid berkata, penggunaan hotel bajet sebagai pusat PKRC itu juga dapat membolehkan sektor perhotelan bajet beroperasi kembali dan menjana pendapatan. - KitaReporters


PRESIDEN MATA, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, cadangan itu berikutan keadaan pusat kuarantin yang dilihat penuh dan sesak akibat peningkatan kes harian terutama di Lembah Klang. 


1
0
0
0
0

Copy Link: