Berita Terkini| Naikkan kapasiti penumpang bas! Pengusaha kian tenat! Rugi puluhan juta ringgit!
Published byGambar hiasan... Kapasiti penumpang 50 peratus dibenarkan ketika ini membuatkan pengusaha bas masih terbeban dan terpaksa tanggung kerugian besar. - Kredit foto: Utusan Malaysia
PERTUBUHAN Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia memohon kerajaan menaikkan jumlah kapasiti penumpang bagi menyelamatkan pengusaha bas yang kini kian tenat dan semakin di ambang ‘gulung tikar’.
Presidennya, Che Ibrahim Che Ismail berkata kapasiti penumpang 50 peratus dibenarkan ketika ini menyebabkan lebih 200 syarikat pengusaha bas ekspres dan pengangkutan awam di seluruh negara membuatkan mereka terus berdepan kerugian.
“Syarikat pengusaha dikenakan syarat ketat untuk beroperasi disebabkan halangan pandemik Covid-19 hingga ada yang kini hampir ‘gulung tikar’ menanggung kerugian teruk.
“Kami merayu kerajaan dapat membela nasib pengusaha syarikat bas yang semakin tenat dengan memberi kelonggaran dan perhatian terhadap perkara-perkara berkaitan ini.
“Kapasiti penumpang diharap dapat dinaikkan. Beri kelonggaran beroperasi dengan muatan penumpang lengkap dos vaksinasi pada kapasiti penuh 100 peratus berbanding 50 peratus ketika ini,” katanya dipetik laporan Berita Harian siaran 5 September 2021.
Ujar
beliau lagi, kapasiti penumpang menerima vaksinasi lengkap menaiki bas pada
kapasiti 100 peratus dilaksanakan seiring peraturan ketat menaiki bas dan mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan. - KitaReporters