Berita Terkini| Perlis benarkan pergerakan melebihi 10km! Tapi kekalkan larangan rentas negeri!
Published byPENDUDUK Perlis kini mendapat khabar gembira apabila dibenarkan melakukan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dalam negeri ini, namun masih mengekalkan larangan rentas negeri.
Menteri
Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau membawa cadangan berkenaan ketika menghadiri mesyurat Majlis Keselamatan
Negara (MKN) .
“Pagi ini
saya telah menghadiri Mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan seperti mana yang dibangkitkan oleh ramai netizens,
saya telah mencadangkan supaya kebenaran diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk
membolehkan penduduk Perlis rentas dalam negeri melebihi 10 km.
“Alhamdulillah,
cadangan ini telah dipersetujui. Kita tunggulah kelulusan ini diberikan secara
rasmi oleh MKN nanti,” katanya yang dimuat naik dalam Facebook peribadinya Azlan Man
pada Isnin, 5 Julai 2020.
Bagaimanapun beliau menegaskan pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Perlis kini antara lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak yang memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin, 5 Julai 2021. - KitaReporters
PERLIS menjadi negeri pertama memberi kebenaran melakukan pergerakan melebihi 10 kilometer. - Kredit foto: motoqar.com